KUALA LUMPUR, 25 MAC: Keadaan cuaca panas dan kering yang dialami negara ketika ini dijangka berkurangan awal April apabila fasa peralihan monsun dijangka berlaku dalam tempoh itu.
KUALA LUMPUR, 24 MAC: Perlis, Hulu Perak di Perak serta Beaufort di Sabah menjadi tiga kawasan yang merekodkan gelombang haba atau suhu panas tahap dua iaitu suhu maksimum harian 37 hingga 40 darjah celsius bagi tempoh sekurang-kurangnya tiga hari berturut-turut setakat 4.40 petang tadi.
PUTRAJAYA, 23 MAC: Kementerian Kesihatan (KKM) hari ini menyarankan supaya aktiviti luar bilik darjah ditangguhkan sementara waktu di lokasi yang berstatus cuaca panas tahap satu, iaitu keadaan suhu maksimum harian melebihi 35 darjah Celcius hingga 37 darjah Celcius.
KUALA LUMPUR, 22 MAC: Sebanyak 27 kes penyakit berkaitan cuaca panas dilaporkan di seluruh negara sehingga 20 Mac lalu dengan sembilan daripadanya melibatkan strok haba dan 18 lagi kes kelesuan haba.
KUALA LUMPUR, 20 MAC: Kejadian ekuinoks yang berlaku pada hari ini tidak memberi kesan signifikan kepada cuaca di Malaysia, kata Timbalan Ketua Pengarah (Operasi) Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) Dr Mohd Hisham Mohd Anip.
ALOR SETAR, 20 MAC: Cuaca panas dengan suhu mencecah 37 hingga 40 darjah Celsius di negeri ini memaksa penternak dan pesawah lebih berhati-hati dalam menjalankan aktiviti penternakan serta pertanian.
KUALA LUMPUR, 18 MAC: Cuaca panas ketika ini dijangka kekal hingga pertengahan April berikutan kurangnya awan yang boleh membawa hujan serta fenomena ekuinoks yang dijangka berlaku Rabu ini.
KUALA LUMPUR, 16 MAC: Kementerian Sumber Asli dan Kelestarian Alam (NRES) serta Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia), akan meneliti beberapa faktor berkaitan cuaca sebelum melaksanakan operasi pembenihan awan, bagi memastikan keberkesanannya.
KUALA LUMPUR, 16 MAC: Kawasan Pokok Sena di Kedah merekodkan suhu panas tahap dua atau gelombang haba setakat 4.30 petang tadi.
PUTRAJAYA, 15 MAC: Kementerian Sumber Asli dan Kelestarian Alam (NRES) akan terus memantau keadaan cuaca panas yang melanda negara ketika ini, bagi memastikan tindakan segera dapat diambil demi menjaga kebajikan rakyat.
KUALA LUMPUR 13 MAC: Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran cuaca panas tahap berjaga-jaga di lapan kawasan utara Semenanjung Malaysia.
LABUAN, 13 MAC: Pejabat Meteorologi Labuan mengeluarkan peringatan menggesa orang ramai agar mengelak daripada melakukan pembakaran terbuka memandangkan musim kemarau dijangka berterusan hingga suku kedua tahun ini.
KUALA LUMPUR, 12 MAC: Cuaca kering dan panas dengan suhu melebihi 35 darjah Celsius diramalkan di kebanyakan tempat di Semenanjung dan Sabah sepanjang tempoh tujuh hari ke hadapan.
PENDANG, 3 MAC: Industri tanaman padi negara perlu bersedia untuk menghadapi kemungkinan cuaca lebih panas tahun hadapan, kata Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan Datuk Seri Mohamad Sabu.
PUTRAJAYA, 1 MAC: Kementerian Kesihatan (KKM) merekodkan 13 kes berkaitan cuaca panas sejak minggu pertama hingga kesembilan tahun ini.
SHAH ALAM, 1 MAC: Paras air di tujuh empangan di Selangor berada pada tahap baik meski ketika ini negara berdepan cuaca panas.
KUALA LUMPUR, 29 FEB: Kawasan Pokok Sena di Kedah merekodkan suhu panas tahap dua atau gelombang haba setakat 4.50 petang tadi.
SHAH ALAM, 28 FEB: Sepang antara 14 kawasan dalam Semenanjung Malaysia yang diramal mengalami cuaca panas tahap berjaga-jaga, lapor Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia).
KUALA LUMPUR, 24 FEB: Sebanyak 12 kawasan di empat negeri diramalkan mengalami suhu panas tahap berjaga-jaga dengan suhu maksimum harian mencecah 35 hingga 37 darjah celsius sekurang-kurangnya tiga hari berturut-turut mulai hari ini.
JITRA, 18 FEB: Cuaca panas yang melanda negara khususnya di negeri ini memaksa segelintir penoreh getah bekerja pada waktu malam untuk mendapatkan hasil pengeluaran susu getah yang lebih.
Media Rasmi Kerajaan Negeri Selangor, menyampaikan berita dan informasi terkini, sahih dan dipercayai.